Kelas Mencipta Akaun Emel dan Mengisi E-Borang
11 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 April 2019, seramai 2 orang peserta telah menyertai kelas mencipta akaun gmail bagi digunakan dalam penggunaan sosial mereka. Selain itu, peserta juga turut diberi tunjuk ajar berkaitan kaedah pengisian e-borang bagi mengisi permohonan kemasukan ke darjah 1 bagi tahun 2020/2021. Permohonan tersebut adalah bagi adik-adik mereka bagi mendapat tempat kemasukan ke sekolah pada tahun hadapan.
Kelas diadakan secara dua hala bagi mempercepatkan lagi pemahaman dan kemahiran di internet berlansung selama dua jam di Bilik Latihan Pusat Internet Kesedar Lebir.
Peserta berjaya menyiapkan pendaftaran akaun gmail dan pengisian e-borang dalam masa latihan. Peserta berjaya meningkatkan kemahiran dalam penggunaan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: